fbpx

PRN Johor: Calon Muda terawal tiba bagi penamaan di DUN Larkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hairi Mad Shah (tengah) tiba di Dewan JKR Johor Bahru untuk penamaan calon tepat pukul 8.30 pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai dua calon yang bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin telah hadir di pusat penamaan calon Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru di sini setakat pukul 8.30 pagi ini.

Terdahulu, calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) iaitu Ketua Penerangan Muda Johor, Rasid Abu Bakar tiba bersama seorang pencadang dan seorang penyokongnya pada pukul 8.22 pagi.

Kemudian pada pukul 8.30 pagi, calon Barisan Nasional (BN) iaitu Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah tiba bersama pencadang dan penyokongnya.

Kerusi DUN Larkin dijangka menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya lima penjuru termasuk pertembungan antara Muda dan PKR yang dikatakan mempunyai jalinan kerjasama melibatkan mereka dalam blok pembangkang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI