fbpx

Pelumba negara tekad buru podium pada ATC di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM DANISH (dua dari kanan) bersama tiga rakan senegara akan berlepas ke Qatar bagi mengharungi saingan ATC pada Mac depan.

EMPAT pelumba muda negara melaungkan amaran untuk me­lakukan aksi terbaik menjelang perlumbaan pembukaan Asia Talent Cup (ATC) yang membuka tirai di Qatar pada 4 hingga 6 Mac depan.

Perlumbaan tersebut dike­tuai pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli yang akan ditemani tiga pelumba baharu iaitu Farres Putra Fadhill, Emil Idzhar Ezuan dan Farish Hafiy Farid Sezli.

Pastinya sandaran utama terletak kepada Hakim selepas mempunyai pengalaman bersaing pada ATC musim lalu, malah turut meraih tiga penamat podium tempat ketiga, masing-ma­sing di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada Mac dan April lalu.

“Saya sangat gembira pada tahun ini kerana kami telah me­lakukan persiapan cukup baik sebelum menuju ke Qatar untuk sesi ujian rasmi nanti.

“Saya juga dapat jalani latihan dengan jentera yang saya akan gunakan pada ATC tersebut, malah saya juga menjalani latihan dengan jurulatih terbaik.

“Mengenai sasaran, saya enggan ulas lebih awal kerana saya akan mahu fokus satu demi satu perlumbaan dan selepas itu kita akan lihat pusingan pertama di Qatar nanti,” katanya sejurus berlepas ke Qatar malam kelmarin.

Sementara itu, Farres Putra bertekad dan bersedia untuk mengharumkan nama negara dengan memburu podium menjelang penampilan pertamanya pada saingan ATC.

“Saya telah melakukan persiapan sejak musim 2021 lagi dan pastinya saya teruja untuk memulakan saingan ATC 2022 di Qatar. Sasaran saya adalah ingin menaiki podium setiap pusi­ngan perlumbaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI