fbpx

KMZ terima anugerah jenama bumiputera terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nafidz menunjukkan sijil dan trofi kejayaan KMZ baru-baru ini.

PETALING JAYA – Selepas sembilan tahun beroperasi termasuk berdepan dengan era pandemik Covid-19, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) telah dianugerahkan The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi  kategori Healthcare Integrated Private Clinic dalam satu majlis di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd. Nafidz Abdul Razak menyifatkan, anugerah yang diterima Kumpulan adalah hasil daripada usaha seluruh pasukan kerja KMZ

“Kejayaan ini tak bermakna tanpa pekerja kami yang menjadi tulang belakang KMZ kerana mereka telah mengembling usaha serta tenaga dalam memberikan pelbagai perkhidmatan terbaik buat seluruh pelanggan dan pesakit.

“Ia sekali gus berjaya membawa jenama KMZ sebagai satu imej bumiputera yang terbaik di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

KMZ yang mula beroperasi sejak tahun 2013 telah memiliki 11 cawangan di seluruh negara.

Mengulas mengenai rancangan masa depan Kumpulan, Mohd. Nafidz berkata, pihaknya bercadang untuk membuka 12 lagi cawangan baharu pada tahun ini untuk menjadikan jumlah keseluruhan  bertambah kepada 23 rangkaian.

“Jenama KMZ menempa nama terutama ketika fasa awal pandemik melalui pembukaan Pusat Zahran Covid-19  yang menyediakan perkhidmatan penuh pengurusan wabak itu.

“Perkhidmatan yang ditawarkan adalah saringan Covid-19 sepanjang 24 jam dan kemudahan  bergerak ke lokasi pelanggan, Pusat Penilaian Covid-19 Swasta untuk pesakit positif, pusat pemberian vaksin (PPV) dan juga pusat kuarantin serta rawatan Covid-19 swasta,” katanya.

Perkhidmatan ditawarkan KMZ setakat ini juga telah membantu lebih dua juta rakyat Malaysia.

“Kami optimis dengan perancangan tahun ini, KMZ akan meneroka sektor pelancongan perubatan pula sebagai salah satu agenda utama kerana industri tersebut banyak terjejas semasa pandemik mengganas,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI