fbpx

Adegan mesra dengan Zul, hanya untuk promosi drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelissa dikecam gara-gara aksi mesra dengan Zul Ariffin.

PETALING JAYA – Drama belum ta­yang, namun cerita terbaharu lakonan aktor, Zul Ariffin dan pelakon, Nelissa Nizam menuai perhatian khalayak apabila ada yang mengecam aksi mesra mereka dalam beberapa buah video yang dikongsikan dalam Instagram.

Drama berjudul Tarik Aku Ke Syurga tersebut menampilkan gandingan sulung antara Zul dengan Nelissa sebagai watak utama.

Sedar dengan kecaman yang dilemparkan terhadap mereka gara-gara aksi terlampau mesra tersebut, Nelissa tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Jelas Nelissa, 24, adegan membabitkan dirinya dengan Zul dalam video yang dimuat naik hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

“Semuanya hanya untuk mempromosikan drama lakonan kami yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

“Tidak sangka pula ramai menegur dan tak puas hati sehingga ada peminat Zul yang marah.

“Rasa-rasanya, aksi saya dan Zul ketika sesi fotografi dalam video tersebut tidaklah terlalu berlebihan,” ujarnya.

Biarpun dikecam, namun Nelissa enggan ambil pusing segala komen negatif daripada netizen.

“Prinsip saya, abaikan sahaja semua perkara negatif yang boleh beri kesan kepada emosi sendiri.

“Saya cuma jalankan tugas sebagai pelakon dan semua adegan romantis antara kami berlaku di set penggambaran sahaja, tidak lebih daripada itu,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Nelissa yang memuat naik ­video dan beberapa keping gambar mesra bersama Zul menuai perhatian sehingga menjadi tanda tanya netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI