MOSCOW – Pengawal selia penerbangan awam Rusia memaklumkan bahawa syarikat-syarikat penerbangan Britain telah dilarang daripada mendarat di lapangan terbang Rusia termasuk melintasi ruang udaranya, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).
Rusia berkata, langkah sedemikian adalah sebagai tindak balas terhadap keputusan ‘tidak mesra’ pihak berkuasa penerbangan Britain.
Semalam, Britain telah melarang syarikat penerbangan nasional Rusia, Aeroflot daripada mendarat di negaranya.
Langkah berkenaan dilaksanakan berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.
“Saya fikir itu adalah tindak balas mereka terhadap kami semalam yang melarang Aeroflot daripada menggunakan ruang udara dan mendarat di Britain. Itulah tindak balas mereka,’’ Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace memberitahu stesen televisyen ITV. – Agensi