KEJELITAAN yang dimiliki aktres Amelia Henderson tidak perlu lagi dipertikaikan.
Muncul sebagai wajah untuk koleksi baju pengantin rekaan Rizman Ruzaini (RR) baru-baru ini, Amelia sekali lagi memukau pandangan ramai.
Anggun mengenakan busana pengantin milik RR berwarna putih bercampur rona kebiru-biruan, rupa paras Amelia dikatakan mirip dengan model antarabangsa terkenal Kendall Jenner.
Tidak kurang juga yang melihat wajahnya ada iras seperti pelakon Hollywood, Sandra Bullock.
“Kadang-kadang, wajah awak nampak seperti Kendall. Sangat cantik!” puji seorang netizen.
“Macam Sandra Bullock pun ada. Lawa sungguh Amelia,” komen seorang lagi netizen.
Tidak cukup dengan pujian, ada juga dalam kalangan netizen mahu Amelia menyertai pertandingan ratu cantik kerana dia memiliki rupa paras dan pakej yang lengkap.
Lain macam ya penangan kejelitaan yang dimiliki pelakon drama Pengantin Satu Malam ini.