fbpx

Tiada kerosakan atau rekahan bangunan akibat gegaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota dan pegawai JBPM melakukan pemeriksaan ke atas 16 buah bangunan di sekitar Putrajaya bagi melihat sekiranya berlaku sebarang keretakan atau kerosakan pada infrastruktur susulan gegaran yang terjadi. - Foto IHSAN JBPM

PUTRAJAYA – Tiada kerosakan serta rekahan bangunan atau infrastruktur yang dikesan susulan gegaran di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini pagi tadi.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Nor Arifin Kamari ketika dihubungi, hari ini.

Nor Arifin berkata, sebanyak 16 buah bangunan membabitkan pelbagai agensi dan kementerian telah diperiksa susulan gegaran itu.

Beliau berkata, pemeriksaan itu dikendalikan oleh anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 telah memeriksa 12 bangunan manakala empat bangunan lagi diperiksa anggota Balai Bomba dan Penyelamat 14.

“Pemeriksaan bermula pukul 9.44 pagi dan siasatan mendapati tiada kerosakan dan rekahan dikesan di semua bangunan berkenaan,” katanya.

Jelas beliau, antara bangunan diperiksa termasuk Blok C4, Parcel C; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Parcel B, Jabatan Perdana Menteri; Kompleks E Kementerian Kesihatan Malaysia; Suruhanjaya Tenaga, Presint 2 dan Wisma Sumber Asli, Presint 3.

Nor Arifin berkata, bangunan lain diperiksa termasuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Peguam Negara di Presint 4 serta Kementerian Wilayah dan Suruhanjaya Pilihan Raya di Presint 2.

“Saya ingin menasihatkan penjawat awam supaya tidak panik dan bertenang serta mencari tempat perlindungan selain keluar dari bangunan apabila merasai gegaran.

“Selain itu, perlulah sentiasa peka dengan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI