fbpx

K2

Kediaman tampak mewah dengan konsep hiasan Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruang tamu dihias ringkas dengan paduan dinding daripada rona putih yang kemudiannya dipadankan dengan perabot dan langsir daripada rona coklat lembut

TUGAS sebagai seorang suri rumah yang banyak menghabiskan masa di dalam ruang kediaman tentunya memberi lebih peluang dan masa kepada golongan itu untuk menghias rumah dengan konsep pilihan.

Bagi Ellyna Hussin, 40 dan suami, Sam Majid, 50, ruang kediaman yang selesa cukup penting kerana ia membangkitkan ‘mood’ untuk melakukan tugas seharian.

Ketika kaki melangkah masuk ke kediaman jenis kluster dua tingkat lot tepi itu, mata penulis terasa sejuk dengan suasana redup yang ditonjolkan pada ruang tamu kediaman.

Penggunaan rona lembut seperti putih dan coklat cair menjadikan ruang kediaman itu kelihatan cukup selesa untuk didiami seisi keluarga.

Menurut Ellyna, dia memilih gabungan konsep kontemporari yang digabungkan dengan konsep hiasan dalaman Bali bagi kediamannya itu supaya ia tampil mewah dan elegan.

“Saya cukup menggemari perabot jenis kayu seperti kayu jati yang lazimnya dilihat dalam hiasan dalaman dari kediaman-kediaman dan hotel-hotel di Bali, Indonesia. 

“Rona kayu yang gelap itu menyerlahkan hiasan dalaman sesebuah kediaman apabila dipadankan dengan rona-rona lembut seperti putih dan coklat cair,” katanya.

Ruang tamu kediaman seluas 265 meter persegi itu dihias ringkas dengan paduan dinding daripada rona putih yang kemudiannya dipadankan dengan perabot dan langsir daripada rona coklat lembut.

Sofa daripada rona coklat kekelabuan pula menghiasi sudut utama itu bagi mencipta kesenadaan.

Antara dekorasi ringkas yang diletakkan pada satu sudut kediaman ini

Bagi mengelakkan ruangan itu tampak terlalu polos, Ellyna meletakkan bantal kusyen daripada rona kuning terang untuk menaikkan seri. 

Selain kusyen daripada rona terang, tarikan pada kediaman itu juga terletak pada meja kopi daripada material kayu dengan ukiran cantik yang diletakkan pada sudut itu. 

Hiasan pokok yang kecil dan ringkas pula diletakkan di atasnya bagi mewujudkan elemen semula jadi pada tata rias ruangan tersebut.

Selain kayu, pemilik juga amat sukakan cahaya semula jadi dan mengubah suai pintu ke bahagian dapur supaya ia kelihatan lebih terang.

“Saya amat menggemari suasana terang daripada pencahayaan semula jadi, lalu kami pun mengubahsuai pintu laluan ke dapur untuk menjadikan ia terang akibat pencahayaan yang baik,” katanya.

Menjengah ke ruangan bilik tidur utama pula, Ellyna berkongsi dia dan suami menggunakan set bilik tidur daripada kayu jati kerana mahu mewujudkan elemen bilik tidur seperti di Bali.

“Kami menggunakan katil daripada kayu jati yang diinspirasikan daripada konsep hiasan dalaman ala Bali.

“Bagi ruang rehat pula, kami menegkalkan konsep kayu bagi mencipa kesenadaan dengan keseluruhan ruang lain,” jelasnya.

Hasilnya, seluruh ruang kediaman kelihatan bagaikan sebuah resort mewah di pulau percutian terkenal itu.

Bagi memaksimumkan penggunaan ruang pula, Ellyna mengubahsuai salah satu bilik di kediaman empat bilik itu menjadi pantri jenis ‘walk-in’.

“Bilik yang terletak pada aras bawah ini dijadikan sebagai sebuah pantri yang memudahkan saya untuk menyimpan barang-barang masakan.

“Selain memudahkan tugas harian, ia juga menjadikan ruang dapur saya kelihatan lebih kemas dan tersusun,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI