fbpx

Banjir : Lapan PPS dibuka di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk terperangkap selepas jalan yang dinaiki banjir terpaksa ditutup untuk kegunaan kenderaan ringan di Kampung Air Putih, Kemaman hari ini

KUALA TERENGGANU – Gelombang banjir kelima kembali melanda Terengganu hari ini berikutan hujan lebat berterusan sejak Rabu lalu.

Setakat ini, dua daerah iaitu Kemaman dan Setiu telah terjejas manakala dua lagi daerah iaitu Besut dan Dungun berisiko sekiranya hujan lebat yang melanda negeri itu berterusan beberapa hari lagi.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu berkata, setakat ini, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di seluruh negeri ini.

“PPS yang mula diaktifkan pada hari ini ialah tujuh di Kemaman manakala satu di Setiu.

“Setakat ini, seramai 383 mangsa daripada 114 keluarga dari kedua-dua daerah telah berpindah ke PPS berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Terengganu telah mengalami empat gelombang banjir sepanjang musim tengkujuh bermula bulan November lalu hingga awal bulan lalu.

Dianggarkan lebih 400 mangsa dari daerah Kemaman, Dungun, Setiu, Kuala Nerus dan Besut terlibat dalam setiap gelombang itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI