fbpx

[VIDEO] Penduduk lima negeri rasa gegaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Bangunan SUK, Shah Alam berkumpul selepas berlaku gegaran susulan gempa bumi di Indonesia pagi tadi. -ZULFADHLI ZAKI

PETALING JAYA – Penduduk yang tinggal di sekitar negeri Barat Semenanjung terutama yang tinggal di bangunan bertingkat cemas ekoran gegaran yang dirasai pagi tadi.

Antara negeri yang terlibat adalah Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata orang ramai menceritakan mengenai pengalaman mereka berdepan situasi mendebarkan itu.

“Rasa gegaran dalam lima saat, saya tinggal di kawasan Klang dan turut merasainya,” ciap Hazirah.

“Tengah baring atas katil, terkejut tiba-tiba rasa bergegar lebih kurang dalam 30 saat. Moga semuanya selamat. Orang Shah Alam hati-hati,” kata Hamdan Alias.

“Saya berada di Bukit Juru pagi tadi, memang jelas terasa gegaran hampir lima minit,” kongsi Iszuddin Idris.

Terbaharu, gempa bumi kuat berukuran 6.1 skala Richter berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada pukul 9.39 pagi tadi.

Perkara itu disahkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

“Ia berlaku pada 0.2 darjah utara dan 100.0 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Selain itu, jarak pusat gegaran adalah pada 76km Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI