fbpx

Mom’s House pusat sehenti penuhi keperluan ibu, bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hilmi semakin aktif mempromosikan jenama Mom's House di seluruh negara.

SHAH ALAM – Faby Famy Sdn. Bhd. pemilik rangkaian kedai jualan barangan ibu dan anak di bawah jenama Mom’s House, mengunjurkan jualan RM3 juta pada tahun ini ekoran perluasan pasaran dan cawangan baharunya seiring pembukaan ekonomi negara secara berperingkat.

Pengasas syarikat, Hilmi Hamid berkata, buat masa ini, syarikat memiliki beberapa cawangan di seluruh negara termasuk di Shah Alam, Putrajaya, Teluk Intan, Perak; Tawau dan yang terbaharu di Lahad Datu, Sabah.

“Keyakinan pelanggan terhadap jenama melalui penjualan produk berkualiti dan dapat memenuhi keperluan  ibu, bakal ibu dan juga bayi telah membolehkan Mom’s House mendapat sambutan menggalakkan daripada kumpulan sasaran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Hilmi yang mula mengoperasi perniagaan tersebut sejak tahun 2015 bersama isterinya hanya bermula dengan menjual produk berkaitan kesuburan untuk membantu pasangan suami isteri mendapatkan zuriat.

Sebelum ini, mereka yang memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan itu juga turut diuji dengan mendapat cahaya mata selepas empat tahun berkahwin membuatkan Hilmi terus berminat secara serius dalam perniagaan berpotensi itu.

“Kami menawarkan perkhidmatan sehenti untuk mendapatkan pelbagai barangan khusus bagi ibu, bakal ibu dan bayi melalui outlet fizikal dan juga secara online khususnya di platform Shopee.

“Anggaplah  berkunjung ke Mom’s House seperti menziarah ke rumah ibu sendiri untuk mendapatkan nasihat berguna sebagai persediaan menjadi ibu bapa cemerlang,” jelasnya.

Tambah Hilmi, di bawah jenama syarikat, pihaknya turut membangunkan produk sendiri di bawah nama Seri Mama, Chu Chu, Bainrboo dan LaBoo sebagai usaha memberi pilihan terbaik kepada pelanggannya dengan tawaran harga berpatutan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI