fbpx

Amaran cuaca buruk bagi lima negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lima buah negeri malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda kawasan-kawasan terlibat sehingga pukul 9 malam nanti.

“Kawasan yang terlibat adalah keseluruhan negeri Perlis, Pulau Pinang dan Kedah.

“Selain itu, cuaca buruk itu turut tertumpu di beberapa kawasan negeri Perak temasuklah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak juga bakal menerima hujan lebat serta ribut petir malam ini.

“Antaranya adalah Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau) serta Limbang,” ujarnya.

Dalam pada itu, MetMalaysia melaporkan satu sistem cuaca tekanan rendah telah terbentuk di Laut China Selatan sejak semalam dijangka bergerak memasuki negeri Pahang dan Terengganu serta seterusnya merentasi utara Semenanjung pada 25 Februari 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI