fbpx

Tiada satu kematian berpunca vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan tiada satu kes kematian selepas vaksinasi Covid-19 berpunca daripada vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, semua keputusan yang diputuskan adalah berpandukan kepada siasatan teknikal, saintifik dan klinik.

Katanya, pihak kementerian mengakui terdapat banyak laporan secara rasmi atau laporan melalui media tetapi sebenarnya tidak dibuat melalui saluran rasmi.

“Saya mahu tegaskan melalui data KKM, setiap hari terdapat 90 hingga 120 kes strok berlaku sebelum pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 maka jumlah itu menjadi penanda aras bagi penyakit itu.

“Apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, sudah pasti ada kes strok yang sebenarnya tiada kaitan dengan vaksinasi kerana KKM sudah ada penanda aras,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, apabila sesuatu kesan serius berlaku selepas vaksinasi maka sangatlah penting, siasatan dilakukan melibatkan bedah siasat, analisas makmal melibatkan sampel tisu dan darah.

Katanya, apabila siasatan dibuat maka sesuatu punca itu dapat dikenal pasti sama ada ia akibat vaksin ataupun perkara lain.

“Atas faktor ini jugalah, sesiapa sahaja tidak bolehlah mendakwa seseorang itu mengalami strok kerana vaksinasi.

“Kami di kementerian sangat bersimpati dengan pelbagai video yang ditularkan dengan pelbagai dakwaan tetapi dengan siasatan, kita akan tahu puncanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI