fbpx

Tutup parit sukarkan kerja bersihkan sampah pasca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan longgokan sampah di kawasan banjir di Selangor sebelum ini.

SHAH ALAM – Kerja-kerja pembersihan fasa kedua di negeri ini sukar susulan terdapat pengubahasuaian tidak sepatutnya pada kediaman mangsa banjir.

Pengarah Urusan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management, Ramli Mohd. Tahir berkata, ini termasuk penutupan parit dengan lapisan konkrit di hadapan rumah dan penyambungan paip air dan kabel melalui longkang sehingga menyebabkan sampah tersangkut.

Katanya, tindakan pengubahsuaian itu turut menjadi punca kepada masalah longkang tersumbat kerana menganggu pengaliran air.

“Fasa terkini sepatutnya bersihkan longkang dan parit di depan atau belakang rumah dengan menempatkan ramai pekerja di setiap lorong contohnya Taman Sri Muda.

“Mesin digunakan bersihkan longkang untik sedut segala sampah, lumpur dan tanah tersisa namun kebanyakan kawasan yang bermasalah pula membuat pengubahsuaian yang tidak sepatutnya, contohnya tutup parit dengan lapisan konkrit di hadapan rumah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau memberitahu, ada juga membuat sambungan paip air dan kabel melalui longkang dan perkara itu akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya.

Justeru, Ramli menjelaskan satu tarikh khusus menamatkan operasi fasa dua ini perlu dilaksanakan supaya kerja-kerja pembersihan pasca banjir dapat diselesaikan dengan kerjasama penduduk terlibat.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya dan PBT akan mengadakan gotong-royong besar-besaran sekali lagi minggu ini.

“Kita memang akan letak tong roro dan minggu ini akan ada gotong royong lagi sekali, saya dapat maklumat mereka minta tong roro di Taman Sri Muda, kita akan letak.

“Jadi, saya amat berharap dalam sebulan ini kita boleh fokus kepada operasi pembersihan. Bagi sampah sisa pengubahsuaian pula amat diharap penduduk mendapatkan khidmat kontraktor PBT,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI