fbpx

[VIDEO] Kerah tenaga 10 penduduk tewaskan siakap sungai 21 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izzudin (kanan) bersama rakan -rakannya dari Kampung Bukit Semanggol yang berjaya menangkap ikan siakap ssberat 21kg di Parit 3 Selinsing, Bagan Serai pagi tadi.

BAGAN SERAI – Tenaga 10 orang penduduk terpaksa dikerah sebelum dapat menewaskan
seekor ikan siakap sungai seberat 21 kilogram (kg) di Kampung Bukit Semanggol pagi tadi.

Setelah tiga kali gagal dijala sebelum ini, namun cubaan keempat membuahkan hasil walaupun terpaksa berhempas pulas lebih 20 minit untuk menewaskan ikan tersebut.

Penduduk, Izzudin Rosli, 24, berkata, dia telah memburu ikan siakap itu lebih sebulan yang lalu apabila sering timbul di Parit 3 Selinsing.

Ikan siakap itu seberat 20 kilogram

“Namun cubaan untuk menangkapnya telah dilakukan beberapa kali dengan mengunakan berbagai kaedah namun gagal.

“Pada cubaan ketiga saya dan kawan-kawan hampir berjaya menangkap siakap itu mengunakan tiga jala tapi ia dapat lolos apabila jala digunakan koyak,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Katanya, sejak itu dia sentiasa memerhati gelagat siakap ini bermain pada permukaan air dengan mengikutinya untuk tahu sejauh mana ia bermain di parit saliran ini.

“Alhamdulillah, hari ini kami mengunakan tiga jala di mana dua jala berjaya memerangkapnya,” cerita Izzudin.

Rakannya, Hamzah Awang, 53, berkata, mereka menunggu hampir dua jam sebelum menebarkan tiga jala ke dalam parit pada pukul 10 pagi ini.

“Dua jala yang ditebar berjaya memerangkap ikan siakap itu dan empat orang rakan kami terjun ke dalam parit untuk mendaratkannya sementara enam yang lain mengawal tali jala.

“Lebih sebulan kami semua bersabar dan hari ini benar -benar mengembirakan hati kami semua,”katanya

Ikan siakap itu yang dianggarkan mencecah harga RM4,000 mengikut harga pasaran tidak dijual sebaliknya diagih-agihkan sesama mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI