fbpx

Malaysia terima lagi 500,000 dos vaksin daripada UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pegawai Kedutaan UAE bersama-sama wakil pelbagai kementerian menerima simbolik bekalan vaksin kumpulan kedua di KLIA hari ini. – Foto ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA – Malaysia hari ini menerima kumpulan kedua yang melibatkan baki sejumlah 500,000 dos vaksin Covid-19 disumbangkan daripada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, sumbangan berkenaan disampaikan dalam satu majlis secara ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

“Ia diserahkan secara simbolik oleh pegawai Kedutaan UAE di Kuala Lumpur kepada wakil dari Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pertahanan,” katanya.

Kumpulan pertama vaksin tersebut diserahkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah oleh kuasa usaha kedutaan berkenaan di tempat yang sama pada 25 Januari lalu.

Bekalan berkenaan selamat tiba di KLIA terus dari Dubai, UAE kira-kira pukul 2.30 petang dengan dibawa menaiki penerbangan komersial EK 346 pesawat Etihad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI