fbpx

Ibu bapa kena kuarantin hantar anak ke sekolah cetus keresahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murid sekolah pulang ke rumah masing-masing selepas waktu persekolahan di sebuah sekolah di Bera hari ini.- GAMBAR HIASAN

Oleh AZIZAH SHAFIEI

BERA – Tindakan segelintir ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah meskipun mereka dikenakan kuarantin di rumah kerana positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat mencetuskan keresahan dalam kalangan penjaga lain.

Rata-rata penjaga yang ditemui melahirkan rasa bimbang dengan risiko penularan wabak Covid-19 menjangkiti anak-anak mereka yang dihantar ke sekolah.

Azwin Talib, 40, yang melahirkan rasa bimbang terhadap keselamatan anaknya berkata sepatutntya ibu bapa atau penjaga yang dikenakan kuarantin lebih peka dengan situasi semasa ini dan tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

“Bukan sekadar kalau individu terbabit itu positif sahaja kena kuarantin, tetapi yang merupakan kontak rapat juga wajib kuarantin kendiri di rumah.

“Kenapa mahu menyusahkan dan membahayakan orang lain? Sepatutnya ibubapa kena beritahu anak mereka supaya tidak ke sekolah, bukan memaksa anak ke sekolah,” katanya di sini hari ini.

Azwin berkata, keadaan itu bukan sahaja menimbulkan situasi cemas dalam kalangan murid dan guru, malah tidak akan dapat memutuskan rantai Covid-19 ini.

Dalam pada itu Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, Dr. Ally Rahman Sulaiman menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang masih menghantar anak mereka ke sekolah ketika mereka dikuarantin di rumah.

“Tindakan ini tidak wajar sama sekali, kalau ada antara ahli keluarga yang dikuarantinkan, bermakna semua ahli keluarga dalam rumah perlu berbuat demikian juga.

“Semua kena faham, jangkitan itu mungkin boleh dapat pada hari yang sama tapi gejala datang lambat berbanding orang lain. Jadi kena kuarantin supaya kita boleh pantau dan tidak berjangkit pula pada orang lain,” katanya.

Katanya, keberadaan dalam kelompok mereka yang dikuarantinkan mempunyai risiko untuk dijangkiti, dan bagi memutuskan rantaian jangkitan, anak juga perlu dilarang ke sekolah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI