fbpx

Rusia musnahkan sistem pertahanan udara Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang diedarkan oleh perkhidmatan akhbar Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine di sebuah lokasi rahsia menunjukkan pesawat tentera Ukraine sedang melakukan latihan ketenteraan semalam. – AFP

MOSCOW – Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan hari ini bahawa tenteranya telah  memusnahkan pangkalan-pangkalan  udara dan sistem pertahanan udara  tentera Ukraine, beberapa jam selepas Putin menyerang negara jirannya itu.

“Infrastruktur ketenteraan di pangkalan-pangkalan udara tentera Ukraine tidak dapat beroperasi,” kata kementerian berkenaan dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi-agensi berita sambil menambah, sistem pertahanan udara Kiev telah dimusnahkan.

Di pihak Kiev, tentera negara itu mendakwa telah menembak jatuh lima pesawat perang dan helikopter Rusia di timur Ukraine,  dekat rantau yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.  

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan  bahawa ‘dunia akan menyalahkan Rusia’ berhubung serangan tentera ke atas Ukraine dan memberi amaran tentang ‘kematian dahsyat.’

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan permulaan operasi tentera ke atas Ukraine hari ini, Biden berkata, beliau akan membuat ucapan kepada rakyat AS hari ini (waktu Malaysia) bagi menggariskan ‘padah’ yang menanti Moscow sambil menyifatkan pencerobohan Kremlin itu sebagai ‘tanpa provokasi dan justifikasi’. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI