fbpx

Nyanyi duet, Dayang Nurfaizah sedia berdepan gosip cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAYANG muncul dengan lagu baharu menampilkan duetnya bersama Amir Masdi menerusi Debu.

PETALING JAYA – Penyanyi Dayang Nurfaizah tidak kisah jika netizen sekali lagi mengaitkan namanya dengan gosip cinta kali ini bersama penyanyi Amir Masdi menerusi single duet mereka berjudul Debu.

Ujar Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 41, dirinya sudah bersedia jika namanya dikaitkan dengan Amir.

Hal ini kerana, sebelum ini pernah timbul gosip cinta membabitkan dirinya dengan rakan duet, Hael Husaini menerusi single Hujan.

“Netizen akan memberi pendapat sendiri apabila melihat kerjasama kami.

“Sebagai penyanyi, kalau keluar dengan single duet pasti akan timbul juga gosip cinta.

“Saya kena terima dan bersedia untuk berdepan dengannya (gosip),” ujar Dayang.

Kata penyanyi kelahiran Sarawak itu lagi, dia percaya gosip cinta yang disebut-sebut netizen tidak akan berpanjangan dan hanya seketika sahaja.

“Biarlah mereka (netizen) mahu berkata apa pun. Bila sudah penat nanti orang akan berhenti bercakap,” katanya.

Dalam pada itu, Dayang turut menolak dakwaan kononnya kolaborasi bersama Amir adalah salah satu untuk dia kekal relevan dalam industri sebagai penyanyi.

Pun begitu jawabnya, dia mengakui bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana penyanyi baharu yang berkualiti.

“Saya suka dengan konsep kolaborasi kerana banyak perkara baharu yang akan saya pelajari. Sebagai penyanyi sudah tentu saya mahu kembangkan lagi kerjaya muzik.

“Namun jika kolaborasi ini menjadi salah satu cara untuk kekal relevan, saya anggap itu adalah bonus,” katanya.

Single Debu merupakan hasil ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI