fbpx

Jual walkie-talkie tidak diperakui, syarikat dan pengarah didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Padah menjual walkie-talkie yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), sebuah syarikat menjual kelengkapan telekomunikasi dan pengarahnya masing-masing didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu selepas Syarikat V&C Infinity Enterprise Sdn. Bhd. dan pengarahnya, Alex Ooi Hee Choon, 29, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Sekiranya syarikat itu dan OKS gagal membayar denda berkenaan, kedua-duanya boleh dipenjara enam bulan.

Mengikut pertuduhan, syarikat dan pengarah terbabit masing-masing didakwa menjual kelengkapan komunikasi iaitu dua unit walkie-talkie jenama Baofeng model UV-5RA dan tiga unit walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 .

Kesalahan itu dilakukan di Pusat Perdagangan Persiaran Jalil 3, Bukit Jalil di sini, pukul 10.30 pagi pada 2 Oktober 2019 yang didakwa di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 16 (3) Peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-peraturan saman.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Alex Ooi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan selain turut memaklumkan syarikatnya mengalami kerugian selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun Pengawai Pendakwa MCMC, Mai Zairani Zainal Abidin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal hukuman setimpal yang bersifat pengajaran agar dia tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Mengikut trend kes pada 2019 hingga 2020 yang membabitkan kesalahan dan peralatan sama, denda dikenakan ke atas pesalah antara RM1,000 hingga RM35,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI