fbpx

Penunggang motosikal maut nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut apabila terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 11, Jalan Bahau-Rompin, di sini, pagi tadi. - Foto IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang penunggang motosikal maut apabila terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 11, Jalan Bahau-Rompin, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Mohamed Khairuzzaim Mohamed Faizal, 21, beralamat di Taman Lavender Height Seremban disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Honda RS150R yang ditunggangi mangsa dan pacuan empat roda jenis Mitshubish Triton dipandu lelaki berusia lewat 50an.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati, semasa penunggang motosikal dari arah Rompin menghala ke Segamat, penunggang dipercayai gagal mengawal motosikalnya dilaluan berselekoh lalu terjatuh kemudian terseret sejauh lebih kurang tiga meter dan terus memasuki ke laluan bertentangan.

“Dalam pada masa yang sama datang pacuan empat roda dari arah Segamat menghala ke Bahau lalu melanggar mangsa yang berada di laluan kenderaan tersebut. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI