fbpx

17 warga asing disaman JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJP Pulau Pinang memeriksa warga asing yang menunggang motosikal dalam Ops PeWA di beberapa lokasi tumpuan di sekitar Seberang Perai kelmarin.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 17 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) selama dua hari di beberapa kawasan di sini bermula kelmarin.

Operasi itu dibuat di Bukit Mertajam, Alma, Penanti, Seberang Jaya, Sungai Bakap, Valdor, Tasik Gelugor dan Bagan Ajam.

Ketua Unit Operasi JPJ negeri, Hasbullah Abu Bakar berkata, sebahagian besar daripada kesalahan yang dikesan sepanjang operasi tersebut adalah ketiadaan lesen memandu.

“Operasi ini sebenarnya telah dibuat secara berkala bagi memastikan semua pengguna jalan raya termasuk warga asing mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan memiliki lesen memandu yang sah dan sebagainya.

“Berdasarkan pemantauan kami, kebanyakan warga asing di sini hanya menunggang motosikal berbanding memandu kereta dan lori dan ramai juga dalam kalangan mereka yang lebih gemar berjalan kaki sahaja atau menaiki kenderaan awam seperti bas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, selain tidak memiliki lesen memandu, beberapa kesalahan lain yang turut dikesan dalam Ops PeWA itu ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta beberapa kesalahan teknikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI