fbpx

[VIDEO] Brek rosak punca lori langgar empat kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lori yang melanggar empat kenderaan di lampu isyarat persimpangan Jenjarom, Kuala Langat semalam.

KUALA LANGAT – Masalah brek yang dihadapi sebuah lori menjadi penyebab empat buah kereta dilanggar dalam kejadian di lampu isyarat persimpangan Jenjarom di Kilometer 23 Jalan Klang – Banting – Port Dickson di sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu kemudiannya tular menerusi video berdurasi satu minit 38 saat di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika lori tersebut dalam perjalanan ke Klang dekat sini dari Banting.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, lori tersebut dipercayai telah mengalami masalah brek tidak berfungsi.

“Lori itu kemudiannya mengelak ke kanan dan terlanggar empat buah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat persimpangan Jenjarom.

“Jentera lori itu berjaya dihentikan selepas persimpangan lampu isyarat menghala ke Kampung Jenjarom,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, tiada sebarang kecederaan berlaku dan kelima-lima pemandu kenderaan telah membuat laporan polis.

Ahmad Ridhwan menambah, kes disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, saksi yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Nur Hayati Mohd. Zubel ditalian 03-31872222 atau 013-6444350 serta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI