fbpx

Guna kereta keluarga edar dadah, tukang masak dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhrudin (kanan) menunjukkan kenderaan yang dipandu suspek untuk mengedar dadah ketika sidang akhbar, dekat sini hari ini.

PETALING JAYA – Seorang pengedar dadah yang aktif melakukan kegiatan tersebut di daerah ini ditahan polis di kawasan letak kereta sebuah pasar raya di kawasan Damansara, di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 34 tahun merupakan tukang masak ditahan bersama ganja yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM53,493.

“Hasil pemeriksaan kereta yang dipandu oleh suspek, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya (IPD) telah menemui sebuah kotak berwarna coklat di dalamnya terdapat 17 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja yang membawa anggaran seberat 16,210 gram.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Proton Satria warna hitam yang merupakan milik keluarga mangsa sebagai barang kes.

“Hasil analisa rampasan dadah jenis ganja ini boleh dibekalkan kepada 16,200 orang penagih. Hasil ujian saringan awal suspek negatif dadah,” ujarnya ketika sidang akhbar di IPD Daerah dekat sini hari ini.

Jelas beliau, semakan terhadap suspek mendapati mempunyai sejarah terlibat dengan pengedaran dadah dalam tempoh dua tahun di sekitar kawasan Damansara, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 Februari yang melibatkan reman pertama,” jelasnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 3B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukum mati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI