fbpx

Pengisian katil ICU, bukan ICU di Kelantan tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kelantan merekodkan peratusan pengisian katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus sekali gus tertinggi iaitu sebanyak 83 peratus, jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain.

Berdasarkan data, empat lagi negeri merekodkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus ialah Kuala Lumpur (65 peratus), Johor (65 peratus), Melaka (58 peratus) dan Perlis (55 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi katil bukan ICU pula, 12 negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus dengan tertinggi ialah Kelantan sebanyak 101 peratus.

“Seterusnya, Selangor (97 peratus), Perak (90 peratus), Kuala Lumpur (87 peratus), Perlis (81 peratus), Putrajaya (77 peratus), Johor (75 peratus), Pahang (71 peratus), Sabah (71 peratus), Pulau Pinang (52 peratus), Terengganu (52 peratus) dan Sarawak (52 peratus).

“Tiga negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) iaitu Perak (74 peratus), Melaka (60 peratus) dan Selangor (54 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 191 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19.

Katanya lagi, terdapat 1,804 kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital semalam dengan 621 kes (34.4 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 1,183 kes (65.6 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes Covid-19 ke hospital berbanding kes Covid-19 kategori satu sehingga lima yang baharu didiagnosis pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti Covid-19.

“Misalnya, semasa didiagnosis mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori tiga atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI