fbpx

Amaran ribut petir di Selangor, Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi negeri Selangor dan Johor pagi ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku di Selangor melibatkan daerah Kuala Selangor dan Klang.

Selain itu, bagi negeri Johor pula, cuaca yang sama turut tertumpu di kawasan Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Katanya, keadaan melibatkan cuaca buruk itu akan berterusan sehingga pukul 11 pagi nanti.

Jelasnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI