fbpx

Pejabat LHDN Labuan tutup sementara esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LABUAN – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini akan ditutup selama dua hari bermula esok bagi memberi laluan kepada kerja sanitasi.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Pejabat Hasil Labuan dijangka kembali beroperasi pada Isnin depan dan semua janji temu pelanggan akan dibatalkan.

“Semua janji temu pelanggan yang diluluskan melalui sistem e-Janji Temu untuk hadir ke kaunter dibatalkan dan pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter dibuka semula.

“Pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelak sebarang kesulitan,” katanya.

Sementara itu, LHDN memaklumkan orang ramai boleh membuat semakan senarai pejabat dan cawangan yang ditutup sementara melalui pautan http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas orang ramai boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau melayari portal rasmi LHDN,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI