fbpx

‘Resume yayang saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang pengguna di Twitter

PETALING JAYA – Latihan industri atau praktikal adalah satu proses pembelajaran wajib yang perlu dilakukan oleh sesetengah pelajar sewaktu mereka berada di kolej mahupun universiti sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan.

Namun, pelbagai ragam dapat dilihat menerusi cara penulisan setiap pelajar ketika menghantar permohonan kepada syarikat yang dipilih.

Baru-baru ini tular di laman media sosial memaparkan satu permohonan seorang pelajar yang ingin menjalankan sesi praktikal di bawah sebuah syarikat yang dihantar melalui email.

Ciapan tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna dengan nama Nik Akmal di laman Twitternya sehingga menerima perkongsian melebihi 12,000.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah ‘subjek’ pada email berkenaan yang dikatakan dihantar oleh kekasih pelajar tersebut.

“Resume yayang saya.

“Nah yayang resume yayang, kalau ada penambahbaikan sila beritahu saya. Saya cinta awak,” tulis pengirim tersebut.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur apabila membaca perkongsian email berkenaan dan ada pengguna yang menyarankan agar setiap pelajar yang ingin menghantar permohonan membuat semakan berulang kali sebelum ia dihantar.

“Masih ramai pelajar yang gagal memahami konsep menulis surat rasmi atau membuat permohonan kepada syarikat untuk praktikal, lain kali baca berulang kali dan pastikan tiada kesalahan bahasa mahupun subjek email,” ciap Azrol Aziz.

“Untung la ada yayang yang tolong buatkan resume, masa saya dulu kena buat sendiri, maklumlah tiada kekasih hati yang sudi membantu, syukur dapat juga kerja,” seloroh seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI