fbpx

‘Perut membesar bomoh cakap dalam badan ada iblis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Keputusan untuk tidak mempercayai cakap bomoh telah menyelamatkan seorang suri rumah daripada maut apabila bebas daripada kanser usus tahap empat yang dihada­pinya pada Julai 2019.

Cerita wanita yang ingin dikenali sebagai Suria, 44, dia pernah mendapatkan rawatan bomoh hampir setiap bulan selepas didiagnos menghidap penyakit itu.

“Saya alami masalah untuk membuang air besar menyebabkan perut membesar dan bomoh beritahu saya sakit kerana ter­kena buatan orang yang sebenarnya ditujukan kepada anak selain ada juga yang dakwa ada iblis dalam badan saya.

“Mereka hanya membacakan ayat-ayat tertentu selain ada yang meminta saya berpantang daripada memakai barang kemas kerana ia boleh menyebabkan kanser jadi lebih teruk,” katanya.

Kata ibu kepada dua orang anak itu, dia bagaimanapun mula meragui dengan bomoh yang mendakwa mampu menyembuhkan penyakit kanser.

“Saya membuat keputusan untuk tidak lagi mempercayai bomoh dengan meneruskan perubatan di hospital dan alhamdulillah selepas menjalani pembedahan membuang usus dan lapan kali kemoterapi, saya semakin sihat,” jelasnya.

Pesakit kanser payudara, Aini Mohamad, 54, berkata, dia terpedaya dengan masyarakat sekeli­lingnya yang sering meminta dia mencuba pelbagai jenis produk kesihatan.

“Saya cuba macam-macam produk dari harga puluhan hingga ratusan ringgit sehingga habis duit simpanan kerana takut mati, tetapi saya rasa tiada kesan dan hanya sia-sia,” katanya yang me­rupakan seorang tukang masak.

Tambahnya, dia kemudian berhenti daripada mengambil produk kesihatan tersebut dan meneruskan rawatan di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI