fbpx

IBN Corp dinobat Anugerah Pilihan Pengguna 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalil (tiga dari kiri) bersama pengurusan kanan IBN Corp menunjukkan anugerah yang dimenangi syarikat baru-baru ini.

KUALA LUMPUR –  IBN Corp Ltd (IBN Corp), pemaju hartanah mewah, telah dipilih memenangi Anugerah Pilihan Pengguna tahun 2022 oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

Ia  adalah pengiktirafan kepada syarikat yang berupaya memenuhi kepuasan pelanggan dan memperoleh kecemerlangan perniagaan bagi kualiti produk serta perkhidmatan, profesionalisme dan integriti mereka.

Anugerah Pilihan Pengguna 2022 yang turut diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu merupakan  kemuncak pencapaian usaha dan kesetiaan jenama pemenang kerana ia berdasarkan tinjauan MTPN yang mengumpul dan menyemak pendapat beribu-ribu pelanggan setiap tahun.

Naib Presiden IBN Corp Megat Khalil Izzuddin Shah, anugerah tersebut adalah satu pencapaian membanggakan buat syarikat atas usaha gigih kakitangannya setiap tahun yang sentiasa  menunjukkan dedikasi berterusan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

“Dari sesi penglibatan dengan bakal pembeli hartanah dan pelabur yang berpengalaman sehinggalah kepada menjalankan tinjauan pasaran khusus, pasukan kami sentiasa berusaha untuk menambah baik cara kami menjalankan perniagaan. Kami berbesar hati untuk diiktiraf di atas prestasi profesional dan kepakaran kami,” katanya dalam kenyataan.

IBN Corp yang ditubuhkan sejak tahun 2018 telah berjaya membangunkan projek  IBN Bukit Bintang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.3 bilion dan IBN Highlands City iaitu projek pembangunan bercampur dengan GDV RM6.2 bilion yang terletak di Genting Highlands.

Projek pembangunan hartanah lain turut melibatkan anak syarikatnya iaitu Bentong Eco Park di Pahang dan Green City di Serendah, Selangor.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI