fbpx

Kakitangan awam wanita mesti tutup aurat walaupun dengan selimut – Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA wanita berjalan di kawasan Khwaja Koza Gar, bandar Herat pada 4 Februari lalu. - AFP

KABUL – Polis agama Taliban memaklumkan semalam bahawa wanita yang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan Afghanistan perlu bertudung dan berselimut jika perlu, untuk menutup aurat atau mungkin hilang pekerjaan mereka, lapor laman berita Wion News.

Kebanyakan wanita dihalang bekerja di jabatan kerajaan sejak Taliban mengambil alih kuasa pada Ogos tahun lalu. Pemerintah baharu Afghanistan itu mendakwa bahawa kakitangan awam wanita akan dapat kembali bekerja setelah beberapa perkara ditetapkan pada keadaan sepatutnya seperti pengasingan pejabat antara lelaki dan wanita.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat dalam satu kenyataan semalam.

Kementerian berkenaan mendapat kemasyhuran semasa Taliban pertama kali berkuasa pada 1996 hingga 2001 kerana melaksanakan tafsiran peraturan Islam yang ditetapkan oleh pimpinan Taliban.

Tidak jelas mengapa kenyataan berkenaan dikeluarkan kerana kebanyakan wanita di negara tersebut sentiasa menutup kepala mereka di khalayak ramai dengan sekurang-kurangnya memakai selendang longgar.

“Mereka boleh berhijab mengikut kehendak mereka,’’ jata jurucakap kementerian, Mohammad Sadeq Akif Muhajir kepada AFP ketika dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI