fbpx

Tinggal 60 kotak ayam sejuk beku tepi Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai PPM Wilayah Tiga menunjukkan rampasan 60 kotak ayam sejuk beku di pangkalan haram Pulau Ular, Tumpat semalam. FOTO:: IHSAN PPM

TUMPAT – Beberapa orang lelaki bertindak melarikan diri ke sempadan Thailand dengan bot selepas kegiatan menyeludup sebanyak 60 kotak ayam sejuk beku di pengkalan haram Pulau Ular di sini dihidu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor semalam.

PPM Wilayah Tiga menjalankan serbuan di kawasan tersebut kira-kira pukul 6 pagi dalam Ops Landai/ Ops Kontraban Siri 9/2022.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, anggota PPM menjalankan siasatan di lokasi itu selepas menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan.

Menurutnya, selepas hampir dua jam membuat intipan, sebuah bot enjin galah dilihat merapati pengkalan haram tersebut sebelum beberapa orang lelaki memunggah sesuatu ke atas jeti.

“Anggota PPM terus menyerbu kawasan itu, namun kesemua suspek bertindak masuk semula ke dalam bot dan melarikan diri menghala ke Thailand.

“Pemeriksaan mendapati, mereka meninggalkan sebanyak 60 kotak mengandungi ayam sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM19,000,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Norzaid memberitahu, pihaknya menunggu di lokasi itu selama hampir 30 minit, namun tiada sesiapa yang tampil memgambil kesemua barangan tersebut.

Menurutnya, kesemua barangan rampasan dibawa ke Pengkalan Polis Marin untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI