fbpx

Kerajaan sambut baik cadangan pelaksanaan subsidi haji bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (tengah) ketika gimik melancarkan Manual Komuniti Hijrah Lesbian dan Gay Terbitan Jakim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan menyambut baik cadangan pelaksanaan subsidi haji bersasar hanya diberikan kepada golongan b40 khususnya kepada golongan miskin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ketika ini bantuan ini sememangnya telah disediakan.

“Salah satu cadangan yang baik dan memang pun walaupun kita tidak namakan subsidi, kita panggil bantuan mengerjakan haji. Subsidi itu bantuan dari kerajaan tetapi ini bantuan dari Tabung Haji.

“Tidak melibatkan peruntukan kerajaan dan ia hasil daripada Tabung Haji menjana pendapatan yang lebih dan akhirnya dapat menampung untuk mereka yang kerjakan haji.

“Kita memang daripada dulu lagi telah pun menawarkan kepada mana-mana jemaah haji yang berkeupayaan untuk bayar penuh kita bagi bayar penuh tanpa harga subsidi,” katanya pada majlis Pelancaran Manual Komuniti Hijrah Lesbian dan Gay terbitan Jakim di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI