fbpx

Lokasi pelancongan di Melaka masih memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RESTORAN Perhentian Kuih Kampong merupakan antara lokasi menarik untuk menikmati makan tengah hari di Melaka

Oleh Nur Amalina Siddek

PERSAHABATAN selepas menginjak usia dewasa ini memerlukan komitmen tinggi, maklumlah masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri, sekali gus menyebabkan kita sukar untuk meluangkan masa bersama.

Memandangkan sudah begitu lama tidak berjumpa dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan sekuliah di universiti dahulu, saya mengambil peluang untuk merancang percutian bersama mereka hujung tahun lalu.

Kami berkunjung ke Melaka yang merupakan sebuah negeri yang terletak tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur, namun masih cukup menarik untuk dikunjungi.

Antara lokasi yang sempat dikunjungi adalah Taman Mini Malaysia yang terletak di Ayer Keroh dan juga Menara Taming Sari.

Selepas bersarapan di sebuah warung bersama empat orang rakan, kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur sekitar pukul 10 pagi.

Lokasi pertama yang dikunjungi adalah Taman Mini Malaysia.

Walaupun cuaca cukup panas pada hari itu, kami tetap bersemangat untuk mengunjungi lokasi tumpuan pelancong itu dan melihat tarikan yang ada.

Suasana yang agak lengang juga menjadikan kami selesa.

Bagi mereka yang tidak tahu, Taman Mini Malaysia menampilkan rumah-rumah tradisi yang ada di setiap negeri di Malaysia.

Saya paling teruja melihat rumah dari Sarawak kerana ia merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang belum saya kunjungi.

KUNJUNGAN ke Taman Mini Malaysia memberikan banyak maklumat berguna tentang rumah-rumah tradisi di negara ini.

Seni binanya amat mengagumkan kerana tangga rumah tradisi Sarawak dibina menggunakan kayu balak, menggambarkan bahawa negeri itu kaya dengan hutan.

Selepas menghabiskan masa kira-kira 40 minit di situ, kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu menaiki Menara Taming Sari untuk melihat pemandangan bandar raya Melaka dari ketinggian 80 meter.

Dari situ, kami boleh melihat Selat Melaka, Muzium Samudra, pusat beli belah Dataran Pahlawan dan juga dataran Sungai Melaka.

Selepas turun daripada manara tersebut, perut kami mula terasa lapar dan terus menuju ke restoran Perhentian Kuih Kampong yang terletak di Ujong Pasir untuk makan tengah hari.

Restoran tersebut menyajikan pelbagai menu menarik seperti asam pedas ikan jenahak, asam pedas daging tetel dan juga masakan lain seperti mi sup dan laksa.

Namun, paling menarik adalah sajian kuih-muih seperti koci, bingka ubi dan karipap.

Ini kali pertama saya berkunjung ke restoran tersebut selepas disaran seorang rakan.


MENU makanan laut menjadi pilihan terbaik untuk makan malam.

Selesai makan, kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Jonker Walk untuk merakam gambar.

Memandangkan kawasan itu banyak menempatkan kafe menarik, kami singgah sebentar di salah sebuah kafe bagi sesi minum petang dan sambung berbual sambil memerhatikan gelagat manusia.

Kira-kira pukul 8 malam, kami ke Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyung yang cukup terkenal di Melaka.

Antara menu dipesan termasuk ikan siakap masak pedas, sotong goreng tepung, kerang rebus dan juga sayur kailan ikan masin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI