fbpx

Majikan manipulasi PRA disenarai hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Saravanan.

PUTRAJAYA – Majikan yang dikenal pasti menidakkan hak sebagai pekerja dan kebajikan Pembantu Rumah Asing (PRA) sebagai pekerja akan disenarai hitam sekali gus tidak dapat menggajikan PRA lagi pada masa akan datang.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang didapati mengambil kesempatan ke atas PRA mereka.

Malah, katanya, majikan yang dikenal pasti terlibat dalam menidakkan hak-hak PRA sebagai pekerja seperti tidak membayar gaji dan mengambil kesempatan ke atas PRA akan disenarai hitam dan tidak dapat menggajikan PRA lagi pada masa akan datang.

“Sungguhpun PRA dikategorikan sebagai pekerja dalam sektor tidak formal, mereka juga mempunyai hak sebagai pekerja dan kebajikan mereka wajar dijaga dengan baik.

“Malah, kontrak pekerjaan PRA juga turut menggariskan tanggungjawab majikan yang menggajikan PRA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saravanan berkata, kes-kes penganiayaan terhadap PRA sungguhpun terpencil namun ia telah menjejaskan imej dan nama baik negara.

“Contoh terbaharu adalah laporan dalam satu portal media yang menyatakan seorang PRA warga Indonesia tidak dibayar gaji meskipun telah berkhidmat selama 12 tahun,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu juga turut menjejaskan usaha kerajaan dalam memuktamadkan Memorandum Persefahaman Penggajian PRA dengan negara sumber seperti Indonesia dan Kemboja.

“Isu sebegini jugalah yang telah menyebabkan MOU dengan Kerajaan Republik Indonesia tertangguh dan tidak diperbaharui sejak tahun 2016.

“Bagi menangani isu-isu sebegini, kementerian saya dan Kementerian Dalam Negeri juga akan terus bekerjasama rapat menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia termasuk Sabah serta Sarawak dan Jabatan Imigresen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI