fbpx

Indonesia dilanda fenomena hujan ais sehingga April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN cuaca ekstrem berupa fenomena hujan batu telah berlaku minggu ini di beberapa kawasan seperti Surabaya, Lampung, Bekasi. - Tribunnews

JAKARTA- Jabatan Meteorologi (BMKG) Indonesia memberi amaran republik itu bakal berdepan fenomena hujan ais sehingga bulan April ini, lapor laman berita Tribunnews, semalam.

Kejadian itu turut disertai hujan lebat dalam tempoh singkat disertai kilat atau guruh serta angin kencang.

Timbalan Meteorologi BMKG, Guswanto berkata fenomena hujan ais merupakan antara fenomena cuaca ekstrem yang berlaku dengan kehadiran titisan ais yang jatuh dari awan dan boleh berlaku dalam tempoh beberapa minit.

“Fenomena hujan ais ini dicetuskan oleh pola perolakan di atmosfer pada skala lokal-regional yang signifikan,” kata Guswanto.

Memandangkan potensi cuaca ekstrem dalam bentuk puting beliung, hujan batu, hujan lebat disertai kilat dan angin kencang, ia masih boleh berlaku sehingga Mac-April depan.

Oleh sebab itu, BMKG merayu orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kemungkinan kejadian ekstrem tersebut yang berupaya menyebabkan  bencana hidrometeorologi seperti banjir, tanah runtuh dan banjir kilat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI