fbpx

Putin kerah tentera ke rantau Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video edaran Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan pengeboman semasa latihan bersama angkatan tentera Rusia dan Belarus di padang tembak berhampiran Brest. - AFP

MOSCOW – Presiden Vladimir Putin menandatangani dekri yang membenarkan tentera Rusia memasuki wilayah Donetsk dan Luhansk untuk misi ‘pengaman’, manakala Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) akan mula menguatkuasakan sekatan terhad, lapor akhbar Washington Post kelmarin.

Donestk dan Luhansk merupakan wilayah Ukraine yang dirampas oleh Rusia beberapa tahun lalu.

AS menyatakan, pihaknya akan melaksanakan sekatan terhadap dua rantau tersebut tetapi tidak ke atas Rusia setakat ini.

Dalam satu ucapan penuh semangat kepada rakyat Rusia, Putin berkata, beliau akan mengiktiraf kumpulan pemberontak di Ukraine.

Ucapan Putin dibuat sehari selepas krisis di Ukraine semakin meruncing akibat tindakan Kremlin.

Moscow mengarahkan tenteranya ke rantau pemisah di Ukraine selepas Putin mengiktiraf kemerdekaan kedua-dua wilayah berkenaan.

Putin juga memberi bayangan kelmarin bahawa wujud kemungkinan Kremlin akan melancarkan kempen ketenteraan lebih meluas. Beliau juga membuat tuntutan ke atas keseluruhan Ukraine sebagai sebuah negara yang diasaskan oleh Rusia.

Setakat ini masih tidak jelas sama ada askar Rusia akan hanya kekal di wilayah-wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah atau mereka akan menawan keseluruhan Ukraine.

Kumpulan pemisah mungkin mengundang masuk tentera Rusia tetapi Kiev dan seluruh dunia hanya mengiktiraf Donestk dan Luhansk sebagai wilayah Ukraine.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Volodymyr Zelensky menafikan bertanggungjawab menyebabkan  krisis Ukraine-Rusia menjadi lebih buruk. 

Setiausaha majlis berkenaan, Oleksiy Danilov meminta rakyat Ukraine supaya tidak mempercayai khabar angin.

“Satu provokasi besar sedang dicetuskan terhadap negara kita.

“Namun, adalah penting untuk kita hanya mempercayai hanya maklumat rasmi,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI