fbpx

9 ahli sindiket penipuan online diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ahli sindiket penipuan online yang ditahan dalam serbuan di kondominium mewah sekitar Jalan U-Thant, petang semalam.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang belum sempat beroperasi dalam serbuan di kondominium mewah sekitar Jalan U-Thant, di sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju menjalankan serbuan itu pada pukul 4.30 petang.

“Hasil serbuan kita berjaya menahan sembilan ahli sindiket termasuk dua lelaki tempatan, lima lelaki dan dua wanita warga China tanpa dokumen yang sah berusia lingkungan 22 hingga 42 tahun.

“Kita turut merampas satu set komputer, 15 unit telefon pelbagai jenama, sebuah router dan modem,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mahidisham, sindiket tersebut didakwa baru menjalankan aktiviti penipuan pelaburan terbabit dan masih dalam proses untuk beroperasi sepenuhnya.

“Mereka belum sempat beroperasi sepenuhnya dan sedang mengatur teknikal, pekerja dan peralatan bagi menjalankan kegiatan penipuan.

“Tiada mangsa direkodkan setakat ini namun kita percaya sindiket tersebut menyasarkan mangsa di luar negara,” ujarnya.

Katanya, kesemua suspek telah ditahan reman sehingga Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI