fbpx

‘Tukar lorong tol, biar dia ‘mereput’ depan palang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang penunggang motosikal menggunakan lorong RFID sehingga menyusahkan pengguna yang lain

PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal yang menggunakan laluan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya telah mengundang kemarahan pengguna lain.

Menerusi satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik ke laman Facebook memaparkan penunggang motosikal tersebut dilihat menunggu di tepi lorong RFID kerana tidak dapat melepasi palang tol berkenaan.

Kemudian, datang pemandu lain yang ingin menggunakan lorong sama sehingga terpaksa membuat transaksi sebanyak dua kali disebabkan sikap tidak bertanggungjawab penunggang motosikal terbabit.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya mengecam penunggang motosikal itu kerana tindakannya jelas menyusahkan pengguna lain.

“Kejadian ada bukti, buat laporan polis dan kalau saya berdepan dengan situasi seperti itu memang akan bunyikan ‘hon’ kuat-kuat ikut belakang motosikal tersebut,” ujar Shafinaz Arshad.

“Mungkin kali pertama guna laluan lebuh raya, sebab itu tak tahu bezakan mana laluan motosikal, mana laluan kereta,” komen Sari Normala.

“Patutnya pemandu itu tukar sahaja lorong lain, biar di mereput dekat situ, tunggu lama dekat depan palang, menyusahkan orang lain,” luah Syairul Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI