PETALING JAYA – Masa bersama keluarga pastinya akan memahat memori terindah yang akan tersemat di hati setiap insan sampai bila-bila.
Begitulah adegan sebuah keluarga yang tular di media sosial apabila mengenakan pakaian yang sama semasa sedang dalam perjalan percutian ke Pulau Langkawi.
Menerusi perkongsian video berdurasi seminit tiga saat oleh @BenzZahid di Twitter berkata, dia disuruh oleh isterinya untuk memakai baju yang dibeli oleh isterinya bagi percutian itu.
Namun, menurut @BenzZahid, tanpa pengetahuannya, perkara itu sudah dirancang oleh isterinya untuk memaksa beliau mengenakan pakaian yang sama seperti beberapa ahli keluarganya yang juga turut terkejut tentang perkara itu.
“Kalau tiba-tiba isteri korang beriya belikan baju, kemudian suruh pakai masa nak pergi bercuti dengan keluarga, hati-hati.
“Itu mungkin perangkap, aku biras-biras serta bapa mertua baru je jadi mangsa,” ciapnya.
Adegan lucu itu turut mendapat perhatian orang ramai di media sosial.
“Senang cari ahli rombongan kalau tersesat hahaha,” kata @kny_mie.
“Bagaimana kebahagiaan dapat dilihat,” jelas @hazhmh.
Sementara itu, @Juu_Jamal turut meningggalkan komen.
“Kelakar tetapi comel ya kejadian macam ini,” ujarnya. -K! ONLINE