fbpx

DPPR PRN Johor mula dijual semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen secara bersemuka dibenarkan dengan SOP ketat pada PRN Johor kali ini.

PUTRAJAYA – Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 telah mula dijual semalam melalui ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor.

SPR dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab serta fungsi-fungsinya dan salah satunya urusan penyediaan daftar pemilih yang kini diperakukan dan diwartakan secara bulanan.

Katanya, pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah berdasarkan maklumat warganegara yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

“SPR menasihatkan kepada semua bakal pengundi PRN Johor untuk membuat semakan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka.

“Ia boleh dibuat di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my, atau aplikasi mudah alih MySPR Semak, menelefon ke talian 03-8892 7018 atau melalui aplikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat mulai 21 Februari 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, SPR memaklumkan bahawa pihaknya telah mewartakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2021 (DPT BLN12/2021) dan Daftar Pemilih Induk 2021 (DPI 2021) masing-masing pada 14 Januari dan 17 Januari lalu.

Menurutnya, bermula dari tarikh-tarikh pewartaan tersebut, DPT BLN12/2021 dan DPI 2021 terbuka untuk disemak melalui beberapa kaedah semakan yang disediakan.

Menurutnya, kaedah semakan tersebut ialah menerusi portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my, aplikasi online di talian https://mysprsemak.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak dan portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

“Di samping itu, SPR juga menyediakan kemudahan semakan secara online di https://myspr.spr.gov.my, yang mana pemilih berdaftar yang mempunyai akaun MySPR (sebelum ini dinamakan MySPR Daftar) juga boleh menyemak senarai nama pemilih dalam DPT BLN12/2021 bagi bahagian pilihan rayanya.

“Selain semakan tersebut, sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, SPR juga dibenarkan menjual daftar pemilih termasuklah DPT BLN12/2021 dan DPI 2021 hardcopy dan softcopy,” katanya.

SPR menjelaskan, daftar pemilih softcopy boleh didapatkan dalam dua format berbeza iaitu format portable document format (pdf) atau format microsoft access (mdb) dengan kadar harga yang telah ditetapkan.

Katanya, daftar pemilih boleh dibeli melalui Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di semua Pejabat Pilihan Raya Negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI