RAUB – Seorang pemandu lori yang membawa muatan surat khabar nyaris maut selepas kenderaan dipandunya terperangkap bersama jambatan yang runtuh di Tranum berhampiran Tokong Cina Tras di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu menyaksikan lori dipandu lelaki berkenaan yang melalui jambatan itu terperangkap selepas jambatan berkenaan runtuh.
“Pemandu lori yang berumur 30 tahun itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.
“Susulan kejadian juga jalan ditutup di kedua-dua arah dan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan,”katanya di sini, hari ini.
Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat dari pukul 11.30 malan hingga pukul 3 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE