fbpx

Nurul Iman mangsa kemalangan motosikal kena buang tempurung kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Sofia Louise Johannson berkenan melawat Nurul Iman di ICU HUSM, Kubang Kerian semalam. Kredit IG Tengku Faiz

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan bersama ibunya yang hamil sehingga menyebabkan bayinya terkeluar daripada rahim di Kampung Banggol Stor, Repek di sini Jumaat lalu selamat menjalani pembedahan semalam.

Mangsa, Nurul Iman Maisara Mohd. Khairi, 6, menjalani pembedahan membuang tempurung kepala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selama tiga jam dan selesai pada pukul 7 pagi

Bapanya, Mohd. Khairi berkata, anaknya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM selama dua hari dan akan menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan.

Berita berkaitan: Ibu sarat mengandung maut, anak terkeluar daripada rahim

“Saya merayu kepada semua untuk mendoakan anak saya kembali sembuh seperti biasa.

“Nurul Iman menjadi kekuatan buat keluarga saya kerana perwatakannya saling tak tum­pah se­perti arwah isteri saya (Nor Haliza Abdul Yazaib),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berita berkaitan: Ibu sarat mengandung maut, suami sempat ajar mengucap

Kosmo! baru-baru ini mela­porkan, seorang ibu yang sarat mengan­dung maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain di Kampung Banggol Stol.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, Nor Haliza meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bayi lelaki di dalam kandungannya terkeluar dari rahim selain mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan.

Nahas itu turut mengorbankan seorang lagi penunggang motosikal, Muhamad Shakim Mohd. Zaki, 18.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI