fbpx

Peluang Ee Yi-Yew Sin ke Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE YI (kanan) dan Yew Sin dianggap antara beregu negara paling berpengalaman untuk menghadapi saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand Mei depan. – AFP

BEREGU lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin perlu membuktikan kemam­puan diri bagi merebut tempat dalam skuad badminton Malaysia untuk menghadapi saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand Mei depan.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi jaminan beliau akan membuat pertimbangan untuk menyenaraikan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021 itu.

Beliau berkata, nama Ee Yi-Yew Sin menjadi antara pilihan ke Piala Thomas kerana kejohanan dwitahunan itu dilangsungkan serentak dengan Sukan SEA 2022 di Hanoi, Vietnam.

“Memang sudah ada bincang dan dalam perancangan ke depan (Piala Thomas), kita tidak boleh lupakan Ee Yi-Yew Sin kerana pada waktu sama turut berlangsung Sukan SEA.

“Kita akan buat pertimba­ngan untuk senaraikan Ee Yi-Yew Sin kerana kita mungkin akan beri peluang kepada Man Wei Chong-Tee Kai Wun ber­aksi pada Sukan SEA nanti,” kata­nya selepas tamat perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 malam kelmarin.

Sebagai rekod, Ee Yi-Yew Sin boleh dianggap antara beregu negara paling berpengalaman kerana pernah beraksi dalam kejohanan-kejohanan besar termasuk saingan Piala Tho­mas 2016 di Kunshan, China.

Pada perlawanan akhir BATC kelmarin, pasukan negara menebus kekecewaan di Manila, Filipina dua tahun lalu apabila berjaya muncul juara dengan menewaskan juara bertahan, Indonesia 3-0.

Mengulas aksi beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sepanjang saingan BATC, Rexy percaya mereka akan tampil lebih baik selepas ini meskipun sedikit bergelut sepanjang kejohanan berpasukan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI