fbpx

Keyakinan rakyat terhadap Jokowi paling tinggi sejak 2015

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi dan Ma’ruf berjaya meraih keyakinan rakyat Indonesia tertinggi sejak 2015. - Kompas

JAKARTA – Satu tinjauan yang dilaksanakan Litbang Kompas menunjukkan keyakinan penduduk Indonesia ke atas kepimpinan Presiden Joko Widodo (Jokowi) mencapai 74 peratus, lapor laman berita Kompas, semalam.

Tinjauan yang dibuat pada akhir Januari lalu menunjukkan peningkatan daripada 66.4 peratus ketika ia dilakukan pada Oktober 2021.

Angka ini adalah yang tertinggi pernah dicapai semasa tinjauan serupa yang dijalankan sejak Januari 2015 atau pada awal pentadbiran Jokowi.

Tinjauan telah dijalankan melalui temu bual bersemuka pada 17 hingga 30 Januari ke atas  1,200 responden. Tahap keyakinan adalah 95 peratus dengan margin ralat sebanyak 2.8 peratus.

Berdasarkan tinjauan terbaru, keyakinan masyarakat meningkat dalam empat bidang iaitu politik dan keselamatan (peningkatan 6.8 peratus), penguatkuasaan undang-undang (5.3 peratus), ekonomi (6.1 peratus), dan kebajikan sosial (9.7 peratus).

Keyakinan tertinggi adalah dalam bidang kebajikan masyarakat (78.3 peratus) manakal politik dan undang-undang (77.6) peratus.

“Presiden dan Timbalan Presiden, Ma’ruf Amin ingin memanfaatkan baki waktu hingga Oktober 2024 untuk tidak berhenti bekerja bagi berkhidmat kepada rakyat Indonesia,” kata Timbalan Kakitangan Pejabat Presiden, Juri Ardiantoro. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI