fbpx

KJ kongsi kartun sindir golongan antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran sebuah gambar kartun yang dikongsi oleh Khairy Jamaluddin menerusi Instagram Story.

PETALING JAYA – Penularan jangkitan Covid-19 sejak dua tahun lalu telah meletakkan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai rujukan utama bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sah.

Namun, keadaan itu sedikit sebanyak telah berubah sejak kemunculan sesetengah golongan yang mula mendakwa keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh kementerian tersebut adalah tidak boleh dipercayai.

Menerusi perkongsian di Instagram Story Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kelihatan sebuah gambar kartun yang mengandungi dua adegan seolah-olah menyindir golongan berkenaan.

Apa yang menarik, kartun itu turut membandingkan dua situasi di mana individu yang meragui KKM, tetapi pada masa sama masih mencari ‘cop KKM’ pada ubat-ubatan kurus – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI