PETALING JAYA – Orang ramai boleh meneruskan percutian tetapi perlu memastikan mereka sudah mengambil vaksin dan dos penggalak selain membuat ujian saringan setiap kali terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19. Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Malina Osman berkata, perkara itu penting bagi mengurangkan risiko jangkitan varian Omicron yang semakin menular. “Bagaimanapun, orang ramai terutama kumpulan berisiko dinasihatkan supaya mengurangkan pergerakan dan perjalanan yang tidak penting ketika musim cuti sekolah bagi menyekat penularan Covid-19.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya