fbpx

Sonakshi Sinha tolak tawaran watak sampingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONAKSHI SINHA

SELEPAS beberapa tahun bergelar pelakon, aktres Sonakshi Sinha enggan lagi menjayakan watak sampingan yang ditawarkan kepadanya.

Pelakon berusia 34 tahun itu mula berasa bosan apabila sering diberikan watak-watak sampingan walaupun telah lama berkecimpung dalam dalam dunia lakonan.

“Saya tidak mahu lagi membawakan watak ‘lemah’. Sudah sampai masanya untuk saya menjadi lebih selektif.

“Saya juga berbakat dan patut diberi peluang untuk membawakan watak yang lebih mencabar,” katanya.

Pelakon filem Kakuda itu menambah, dia teringin untuk membawakan watak seorang pembunuh dalam mana-mana naskhah bergenre seram.

“Jika saya diberi peluang untuk membawakan watak pembunuh, saya sanggup untuk melakukannya,” kata Sonakshi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI