fbpx

‘Hello, ini Chef Wan, saya bukan penipu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERGADUHAN Shikin Maembong dan Chef Wan dalam media sosial kini berpanjangan dengan bermacam-macam kisah berbangkit.

PETALING JAYA – Chef Wan menganggap bekas menantunya, Shikin Maembong sebagai penipu besar apabila mendakwa tidak menggunakan satu sen pun duit bantuannya untuk belanja urusan majlis perkahwinan wanita itu dengan anak sulungnya, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz pada 2014.

Kata pemilik nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail itu, dia mempunyai bukti dan saksi untuk menangkis kenyataan kakak pelakon Emma Maembong itu yang kononnya segala urusan majlis pernikahan Nadzri adalah 100 peratus wang hasil penat lelah mereka berdua sahaja.

“Penipu! Saya sudah tanya Nadzri mengenai resepsi di Ombak Asmara yang jika tak salah makan malam untuk 100 tetamu dan segala urusan pelamin siapa yang bayar dan uruskan?

“Saya boleh bawa saksi macam aunty Florence (tukang masak selebriti) dan beberapa lagi yang ikut sama membantu saya menguruskan acara ini dan saya sendiri bayar mereka. Saya pasti dapat mencari keratan cek itu.

“Saya tak fitnah pun orang bodoh yang menunjukkan wajah baik yang cuba menuduh saya. Tolong buang bulu mata palsu yang sangat menyedihkan Shikin kalau nak cuba tuduh saya.

“Sampai tak boleh nak angkat biji mata itu nak buat muka sedih macam itu. Lakonan drama dia ini. Mesti pemilik Restoran Ombak Asmara di Ampang itu pun tahu termasuk saksi tetamu yang datang malam itu tahu saya uruskan itu semua,” katanya menerusi Instagram.

Figura popular berusia 64 tahun itu turut mendedahkan dia membantu membiayai perkahwinan kedua anak sulungnya itu selepas dia mengakui tidak mempunyai simpanan pada waktu tersebut.

“Maaf anak saya tiada duit nak kawin dengan awak. Dia jawab, tiada apa. Jadi saya bantu dan tolong uruskan segala-galanya termasuk juga perkahwinan pertama dahulu, saya taja 100 peratus.

“Saya pilih tolong mereka berkahwin secepat mungkin sebab saya sudah dengar macam-macam cerita di belakang saya. ow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kahwinkan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja lepas tu mengaku konon difitnah?

“Hello ini CW (Chef Wan) la, satu dunia tahu ‘my generosity and kindness’. Kita miskin juga asal dari sampah sarap tapi mak bapak kita tidak ajar kita kurang ajar dengan orang tua, apa lagi gigit tangan yang pernah memberi kamu dan keluarga kamu makan.

“Itu sikap yang menjijikkan dan memalukan. Saya akan buktikan apa yang dicanang satu dunia kononnya fitnah, kita tengok siapa yang bakar siapa nanti!,” tambah Chef Wan lagi.

Pada hantaran sama, Che Wan turut mendedahkan mengenai ugutan Shikin kepada Nadzri yang meminta nafkah bagi membolehkan anak tunggal mereka, Arianna dimasukkan ke sekolah antarabangsa.

“Janganlah gila nak hantar anak pergi sekolah antarabangsa konon jika anak saya tak mampu bayar yuran mahal sampai ugut nak duit anak nafkah yang banyak dan gunakan sebagai alasan enggan benarkan bagi jumpa cucu saya.

“Sedar la diri awak itu asal usul dari mana? Cuma kerana awak sudah kahwin semula dengan orang berada. Wow, anak nak pergi sekolah antarabangsa jadi biarlah bapa tiri yang bayar kalau nak sangat?

“Bersepah anak orang pergi sekolah biasa tak ada masalah pun. Tolong jangan gunakan wang sebagai alasan. Ia menunjukkan sisi paling jelek awak sekarang,” kongsi Chef Wan yang juga bapa kepada dua anak.

Terdahulu, perang balas membalas antara Chef Wan dan Shikin menjadi semakin hangat satu notis saman malu dihantar Shikin kepada bekas bapa mentua itu berhubung  isu penjagaan Arianna.

Terdahulu, Shikin dan Nadzri yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak, Puteri Arianna yang kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI