fbpx

Miliki kad kredit maya pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAI Li (kiri) pada majlis pelancaran kad kredit maya Alliance Bank di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) melancarkan Visa Platinum Alliance Bank, kad kredit maya pertama di Malaysia untuk kegunaan individu yang ditawarkan melalui aplikasi gaya hidup pengguna.

Buat masa ini, kad kredit maya tersebut akan membolehkan pelanggan membuat pembayaran JomPAY dan kod QR serta mengakses perkhidmatan pendahuluan tunai melalui aplikasi mudah alih MCash tanpa memerlukan kad kredit fizikal.

Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan Alliance Bank, Gan Pai Li berkata, bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dan cadangan nilai ‘Bank Dalam Poket Anda’,  kad kredit maya Visa Platinum menawarkan rangkaian inovasi digital untuk memberikan perkhidmatan yang pantas, mudah dan responsif dan juga mesra mesra alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). 

“Kami mahu  pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan pendahuluan tunai secara selamat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja menerusi telefon bimbit mereka.

“Tidak lama lagi kami akan meningkatkan ciri-ciri kad untuk membolehkan transaksi e-dagang, perkhidmatan penstriman dan langganan bagi memenuhi keperluan gaya hidup para pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan.

Pai Li menjelaskan, pelanggan oleh memohon kad kredit maya Visa Platinum Alliance Bank melalui aplikasi mudah alih MCash yang terdapat di Google Play dan Apple App Store. 

Tambah beliau, sebagai sebahagian daripada proses permohonan, pelanggan dikehendaki memuat naik salinan digital dokumen sokongan seperti penyata KWSP atau slip gaji. 

Para pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui pemberitahuan secara automatik. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI